23.1 C
Malaysia
Friday, April 26, 2024

Sesi Dagangan

Mesti Baca

Ridzuan Rahman
Ridzuan Rahmanhttps://www.radical.my/
Graphs makes me happy. Analyzing them fascinate me.

Sesi dagangan ini adalah merujuk kepada instrumen matawang asing. Umumnya kita tahu bahawa sesi dagangan untuk matawang asing berjalan 24 jam sehari selama 5 hari seminggu bermula dari pagi Isnin hingga pagi Sabtu. Ini adalah keunikan yang boleh di dapati dalam pasaran kewangan yang mana ia memberi peluang kepada pedagang di seluruh dunia untuk berdagang pada waktu yang lebih sesuai berdasarkan kepada jadual kehidupan harian.

Bagi mereka yang sibuk dengan kerja hakiki atau perniagaan sendiri yang berjalan di waktu biasa (jam 9.00 pagi hingga 5.00 petang), mereka boleh memilih untuk berdagang selepas dari waktu tersebut. Dengan cara ini ianya tidak akan mengganggu aktiviti harian mereka dan mempunyai masa yang lebih untuk membuat analisa pasaran sebelum berdagang.

Tetapi pedagang harus tahu bahawa ada waktu-waktu tertentu yang mana pasaran lebih aktif dari waktu lainnya untuk pasangan matawang tertentu.

Secara dasarnya, waktu dagangan ini dapat dibahagikan kepada 3 sesi utama iaitu waktu Tokyo, waktu London dan waktu New York dan matawang berkaitan negara-negara terbabit adalah lebih aktif pergerakan pada waktu tersebut.

Pergerakan kebanyakan matawang akan menjadi lebih aktif semasa pertembungan dua sesi dagangan seperti pertembungan waktu Tokyo dan London serta pertembungan waktu London dan New York.

Gamba rajah berikut adalah gambaran waktu dagangan bagi setiap sesi dan juga pertembungan di antaranya.

Sumber : https://forex.timezoneconverter.com

Jika dilihat dari gamba rajah diatas, bagi pedagang yang menetap di Malaysia khasnya boleh memilih untuk berdagang seawal jam 5.00 pagi di pasaran Sydney ( dan juga New Zealand). Pada waktu ini pasangan matawang yang agak aktif ialah pasangan yang berkaitan dengan Australian Dollar seperti AUD/USD, AUD/NZD, AUD/JPY, AUD/CAD dan juga yang berkaitan dengan New Zealand Dollar seperti NZD/USD, NZD/JPY, NZD/CHF dan NZD/CAD

Waktu aktif seterusnya ialah semasa pembukaan sesi dagangan Tokyo pada jam 7.00pagi. Pada waktu ini pasangan matawang yang berkaitan dengan Yen akan lebih aktif. Pasangan matawang seperti USD/JPY, EUR/JPY, GBP/JPY, CAD/JPY, CHF/JPY akan bergerak lebih aktif dan kebiasaanya pasangan GBP/JPY akan mendahului pasangan matawang yen lain dari segi pergerakan.

Waktu dagangan Europe akan bermula sekitar jam 3.00 petang waktu Malaysia dan di susuli dengan waktu dagangan London 1 jam berikutnya. Pada waktu ini pergerakan pasaran akan menjadi lebih aktif berbanding waktu Sydney dan Tokyo. Pasangan matawang yang berkaitan Euro dan Pound akan lebih banyak pergerakan pada ketika ini. Pasangan matawang yang sesuai untuk di dagangkan pada ketika ini ialah EUR/USD, EUR/JPY, EUR/CHF, EUR/GBP, GBP/USD, GBP/JPY, GBP/NZD, GBP/CAD, GBP/CHF, GBP/AUD

Sesi dagangan yang berikutnya iaitu sesi dagangan New York adalah waktu yang paling aktif pergerakan berbanding sesi-sesi dagangan sebelumnya dan meliputi hampir keseluruhan pasangan matawang yang di dagangkan. Kebiasaannya 60% hingga 70% dari pergerakan harian berlaku dalam tempoh ini berbanding dengan sesi-sesi dagangan lain.

Berdasarkan kepada pergerakan pasaran di sesi-sesi dagangan diatas, waktu yang paling sesuai bagi pedagang-pedagang di Malaysia yang menjalankan dagangan secara separuh masa ialah selepas jam 5.00 petang. Ini lebih bersesuaian kerana urusan kerja hakiki telah dilaksanakan jadi tumpuan dapat diberikan kepada menjalankan analisa pasaran dengan lebih baik sebelum memulakan dagangan. Waktu dagangan New York adalah waktu yang lebih efisen berdasarkan kepada pergerakan pasaran bagi pedagang yang memilih untuk menjalankan dagangan secara swing atau intraday.

Namun bagi pedagang yang memilih kaedah scalping, waktu dagangan yang kurang aktif pergerakannya mungkin lebih sesuai dengan mereka sekiranya kaedah scalping mereka adalah berdasarkan kepada “range bound”. Tetapi bagi scalper yang memilih scalp dengan pergerakan trend, waktu dagangan aktif adalah lebih sesuai dengan mereka.

Pedagang disarankan untuk membuat pemilihan waktu dagangan bersesuaian dengan kelapangan masa dan kaedah trading masing-masing kerana setiap individu mempunyai batasan masa dan juga personaliti yang berbeza. Perancangan peringkat awal adalah di galakkan supaya dagangan anda menjadi lebih terurus dan tidak mengganggu urusan kerja dan juga waktu bersama keluarga.

Disclaimer – Kaedah dan cara yang digunakan mungkin tidak 100% sesuai dengan anda kerana saya telah sesuaikan dengan risiko, modal, personaliti dan cara hidup saya. Di sarankan supaya anda menyesuaikannya dengan diri anda sendiri.

- SOSIAL MEDIA -spot_img

Artikel Selanjutnya

- SOSIAL MEDIA -spot_img

Artikel Terkini