22.3 C
Malaysia
Friday, March 29, 2024

Sistem Konvensional Dan Blockchain

Mesti Baca

Ya, bagaimana pula dengan sistem konvensional jika dibandingkan dengan blockchain? Adakah ianya hampir sama atau tidak? Pasti anda telah banyak mencari definisi mahupun perbezaan bagi kedua-dua sistem ini bukan? Jom luangkan masa anda untuk membaca sedikit penerangan yang ringkas ini agar mudah difahami.

SISTEM KONVENSIONAL: PERCAYA DENGAN PIHAK KETIGA

Apabila anda membuat pembayaran di sebuah kedai kopi kegemaran anda, seringnya kita menggunakan kad debit atau kredit. Selepas anda meleretkan kad anda pada mesin urusniaga kad kredit, terdapat pemindahan wang dari akaun anda ke akaun pihak kedai kopi terlebih dahulu.

Anda perlu menunggu sehingga transaksi berjaya dilaksanakan. Tetapi adakah anda mengetahui dimanakah pemindahan ini benar-benar terjadi dan bagaimana? Ini adalah kerana wujudnya orang ketiga diantara anda dan kedai kopi iaitu pihak bank dimana rangkaian kad yang anda gunakan (Visa,Mastercard atau American Express). Kedai kopi lebih mempercayai pihak ketiga berbanding anda.

Pernahkah anda alami jika rangkaian kad anda atau sistem bank anda mengalami gangguan teknikal atau digodam? Adakah anda berjaya membuat sebarang pembelian? Pastinya , tidak.

SISTEM BLOCKCHAIN

Blockchain adalah sistem dimana anda tidak perlu berurusan dengan pihak ketiga. Pada dasarnya segala rekod transaksi yang telah berlaku akan tersimpan oleh kesemua rangkaian komputer. Oleh itu, ianya sulit untuk sistem ini mengalami gangguan pada saat yang sama memandangkan blockchain ini merupakan sistem yang tidak berpusat pada satu entiti.

Misalnya, anda membuat pembayaran di kedai kopi anda menggunakan Bitcoin (atau salah satu mata wang kripto), maka transaksi yang dipindahkan dari alamat Bitcoin anda ke alamat Bitcoin milik kedai kopi tersebut adalah secara rakan kepada rakan dengan telus tanpa orang ketiga. Yang menariknya, urusniaga ini akan direkodkan di seluruh komputer yang tersebar seluruh rangkaian Bitcoin.

Infografik : Transaksi Blockchain

Begitulah penerangan ringkas dan mudah untuk difahami. Diharap boleh membantu anda untuk mengenali dunia teknologi blockchain.

- SOSIAL MEDIA -spot_img

Artikel Selanjutnya

- SOSIAL MEDIA -spot_img

Artikel Terkini