22.5 C
Malaysia
Wednesday, April 17, 2024

Apakah Itu Blockchain

Mesti Baca

Blockchain adalah teknologi yang sering dikenali sebagai DLT atau Teknologi Lejar Teragih.
Apa kata kita ambil pendekatan yang lebih mudah untuk difahami.

Blockchain secara analogi boleh digunakan ialah Google Doc yang pasti ramai dikalangan
kita pernah menggunakannya. Apabila anda mencipta dokumen dalam Google Doc,sesiapa
sahaja boleh melihatnya sama ada memindahkan, menyalin semula atau mengubahsuai.

Namun pun begitu, teknologi blockchain tidaklah semudah Google Doc,bahkan ianya sangat rumit juga jika hendak dibandingkan. Akan tetapi jika dilihat melalui 3 konsep penting yang boleh diaplikasikan untuk pemahaman teknologi blockchain ialah:

  1. Aset digital tidak disalin tetapi boleh diedarkan dan dikongsi
  2. Aset membolehkan diakses dalam masa yang nyata
  3. Setiap perubahan begitu telus sehingga mendapat kepercayaan

Mudah difahami bukan? Baiklah sekarang kita lihat secara jelas bagaimana blockchain boleh memberi kepercayaan pada kita sebagai pengguna. Apakah yang dimaksudkan dengan telus dan nyata?

PENJELASAN BLOCKCHAIN

Blockchain adalah dalam istilah mudah iaitu satu siri rekod data yang diuruskan oleh sekumpulan komputer yang tidak dimiliki oleh satu entiti. Setiap blok data ini (block) dijamin dan terikat antara satu sama lain menggunakan prinisp kriptografi (rantaian atau chain).

Blockchain: Sistem rakaman transaksi dengan pangkalan data berselerak (tidak berpusat)

Dengan rekod transaksi yang tidak berpusat sebegini, hampir mustahil untuk digodam
secara unilateral, tanpa mengawal majoriti semua pangkalan data atau komputer.

Ia juga merupakan rekod urusniaga yang terkandung dalam blok dan saling berkaitan. Jika terdapat satu blok penuh, maka blok seterusnya akan dicipta dan disambungkan ke blok-blok sebelumnya. Oleh sebab itu, blockchain sering dipanggil mempunyai sifat yang tidak berubah.

Oleh kerana ini adalah rekod lejar yang dikongsi dan tidak berubah, maklumat di dalamnya terbuka untuk dilihat oleh sesiapa sahaja. Oleh itu apa sahaja yang dibina di atas blockchain pada dasarnya telus dan semua orang yang terlibat bertangungjawab ke atas tindakan mereka.

- SOSIAL MEDIA -spot_img

Artikel Selanjutnya

- SOSIAL MEDIA -spot_img

Artikel Terkini