24.1 C
Malaysia
Friday, April 26, 2024

Nak Beli kereta Pertama? Baca Tips ini Sebelum Membeli

Mesti Baca

Raiff Jamali
Raiff Jamalihttps://www.radical.my
Live, eat, sleep & repeat

Bila sebut pasal membeli kereta ni ramai yang terlepas pandang banyak perkara penting sebagai contoh ansuran bulanan, bayaran pendahuluan yang perlu dikeluarkan, insurans dan cukai jalan, kos penyelanggaraan, kos bahan api, kos pembaikan dan sebagainya.

Tetapi ramai yang membuat kesilapan dengan tidak mengambil serius perkara penting ini dan lebih mementingkan imej kereta yang dibeli dan akhirnya menanggung kerugian disebabkan tindakan sambil lewa ini.

Jangan disebabkan imej dan ikutkan “cakap orang” kita yang menanggung ruginya kemudian hari. Kita kene fikir masak-masak sebelum membuat keputusan untuk membeli kereta.

Bukan apa, kereta ni kan satu komitmen yang besar dan jangka masa yang panjang. Silap beli, kena menanggunglah rugi kita selama tujuh atau sembilan tahun membayarnya.

Jangan risau hari ini Radical nak share pada anda semua tips membeli kereta pertama yang ramai masih tidak tahu.

1. Pastikan harga kereta tidak melebihi gaji tahunan anda

First thing first, tips beli kereta pertama yang wajib anda tahu adalah pastikan harga kereta yang hendak dibeli itu tidak melebihi gaji tahunan anda.

Sebagai contoh gaji bulanan anda RM 3000 sebulan X 12 bulan = RM 36,000.

So anda perlu mencari kereta dengan harga RM 36,000 dan kebawah. Persoalannya ada ke kereta yang dengan harga RM 36,000 dan kebawah ini? Jawapanya ada. Terdapat banyak kereta yang boleh dapat dengan harga RM 36,000 dan kebawah di Malaysia.

2. Jangan takut untuk beli kereta terpakai

Ramai yang beranggapan kereta terpakai tidak berkualiti dan berpotensi tinggi untuk rosak. Namun jika dinilai semula kereta terpakai menawarkan alternatif pemilikan kereta yang lebih baik dan menjimatkan jika dilakukan dengan cara yang betul.

Jika kita kembali semula kepada tips yang pertama, pilihan yang lebih besar dan banyak ditawarkan oleh kereta terpakai berbanding kereta baharu.

Sebagai contoh jika kereta baharu dengan harga RM 36,000 tidak terlalu banyak pilihan yang kita ada tapi kalau untuk kereta terpakai terdapat banyak pilihan dan jenis yang boleh anda pilih untuk dibeli. Ini kerana, kereta terpakai dijual dengan harga yang lebih rendah dan amat sesuai untuk yang baru mula kerja.

Berikut merupakan perbezaan pembelian kereta baharu dan kereta terpakai.

3. 20-5-15

Apa yang dimaksudkan 20-5-15 ini? 20% pendahuluan, pastikan anda mampu untuk mengeluarkan 20% untuk membayar pendahuluan. Maksudnya daripada kita keluarkan 10% untuk membayar pendahuluan atau tidak membayar pendahuluan, lebih baik disarankan keluarkan 20% untuk membayar wang pendahuluan.

Ini kerana, kita nak mengurangkan kadar pinjaman daripada bank. Cara yang terbaik adalah kita memilih 5 tahun tempoh pinjaman daripada 7 tahun atau 9 tahun tempoh pinjaman.

Semakin lama tempoh meminjam semakin tinggi kadar faedah yang perlu kita bayar kepada bank. Akhir sekali, keluarkan 15% daripada gaji bulanan untuk bayaran bulanan.

Seperti contoh diatas, katakan anda ingin membeli kereta bernilai RM 36,000 :

20% pendahuluan x RM 36,000 = RM7,200 (bayaran pendahuluan)

Tempoh pinjaman 5 tahun

15% dari gaji bulanan x RM 3,000 = RM 450 (bayaran bulanan)

- SOSIAL MEDIA -spot_img

Artikel Selanjutnya

- SOSIAL MEDIA -spot_img

Artikel Terkini