27.4 C
Malaysia
Thursday, April 18, 2024

Strategi Dagangan (Intraday Trading)

Mesti Baca

Ridzuan Rahman
Ridzuan Rahmanhttps://www.radical.my/
Graphs makes me happy. Analyzing them fascinate me.

Sambungan daripada artikel sebelum ini – Strategi dagangan (Teknik Scalping)

Intraday Trading

Intraday trading merujuk kepada kaedah trading di mana posisi dagangan dibuka dan ditutup pada hari yang sama. Pedagang biasanya mensasarkan antara 10 hingga 50 pip sahaja bergantung kepada pasangan matawang yang didagangkan.

Sasaran ini berdasarkan 30% hingga 40% dari pergerakan harian suatu pasangan matawang itu supaya posisi dapat di tutup pada hari yang sama.

Intraday bukan bermaksud dagangan perlu dijalankan setiap hari. Ia bergantung kepada set up yang muncul berdasarkan strategi pedagang itu sendiri.

Ada kalanya set up terbentuk setiap hari, ada kalanya mungkin hanya 2 atau 3 kali sahaja seminggu. Set up biasanya di lihat di Time Frame antara M30 hingga H4.

Kaedah dagangan ini biasanya di jalankan sewaktu pasaran sedang aktif supaya posisi dagangan dapat di tutup dengan secepat mungkin.

Tetapi sekiranya dagangan masih tidak mencapai target “Take profit ” mahupun “Stop loss ” sehingga hampir berakhir waktu dagangan hari tersebut, pedagang akan menutupnya secara manual.

Kaedah dagangan intraday boleh di jalankan sama ada menggunakan naked chart mahupun indikator. Rajah di bawah menunjukan dagangan di jalankan hanya dengan menggunakan candle stick (naked) sebagai strategi dagangan.

Bagi yang menggunakan indikator pula boleh mencuba indikator seperti moving average di mana salah satu caranya ialah dengan melihat persilangan 2 atau lebih Moving Average seperti rajah di bawah.

Point of Entry ialah apabila price kembali semula kepada kawasan persilangan 2 moving average.

Terdapat ratusan kaedah trading sama ada menggunakan naked chart mahupun indikator yang boleh di pelajari tetapi haruslah di ingat bahawa “dagangan itu sendiri adalah satu kebarangkalian”, maksudnya setiap set up yang terbentuk itu mempunyai 2 kemungkinan iaitu dapat menjana keuntungan dan boleh juga ianya menyebabkan kerugian.

Pedagang mesti mendapatkan statistik backtest setiap jenis set up yang hendak di gunakan dalam dagangan untuk melihat sama ada suatu set up itu berpotensi memberi keuntungan jangka panjang atau tidak.

Proses ini adalah penting tetapi sering diabaikan oleh ramai pedagang di sebabkan mereka tidak tahu akan kepentinggannya dan cara yang betul melakukan backtest serta apa yang perlu di lihat dan data yang perlu dikumpul.

Kaedah dagangan secara intraday ini sesuai untuk pedagang yang tidak berhasrat untuk berada dalam tempoh yang lama dalam pasaran. Sebaiknya menggunakan akaun yang spreadnya rendah supaya kadar keuntungan dapat dimaksimakan.

Pedagang yang mempunyai mindset “trader ” lebih sesuai dengan kaedah ini berbanding pedagang dengan mindset “investing ” kerana aktiviti dagangan boleh dikatakan berjalan agak kerap.

Dalam artikel akan datang akan dikongsikan kaedah dagangan swing dan juga position trading yang mana ianya lebih sesuai untuk pedagang yang mempunyai mindset “investing ”.

Disclaimer – Kaedah dan cara yang digunakan mungkin tidak 100% sesuai dengan anda kerana saya telah sesuaikan dengan risiko, modal, personaliti dan cara hidup saya. Di sarankan supaya anda menyesuaikannya dengan diri anda sendiri.

- SOSIAL MEDIA -spot_img

Artikel Selanjutnya

- SOSIAL MEDIA -spot_img

Artikel Terkini