24.6 C
Malaysia
Tuesday, April 23, 2024

Waktu Yang Sesuai Untuk Mula Berdagang

Mesti Baca

Ridzuan Rahman
Ridzuan Rahmanhttps://www.radical.my/
Graphs makes me happy. Analyzing them fascinate me.

Bilakah Masa Yang Terbaik Untuk Bermula Dalam Financial Instruments Trading?

Dalam industri ini, tiada masa spesifik untuk kita bermula tetapi bermula awal itu lebih baik kerana proses pembelajaran untuk menjadi seorang trader itu agak panjang. Namun bukanlah satu halangan untuk mereka yang telah berusia untuk bermula di dalam bidang ini.

Apa yang perlu di fahami ialah untuk mahir memerlukan masa dan bergantung kepada keupayaan dan kefahaman individu itu sendiri. Berdasarkan pengalaman penulis, masa yang diperlukan sekitar 1 hingga 3 tahun sekiranya pedagang itu belajar mengikut langkah yang sepatutnya.

Tetapi jika tidak mengikut silibus pembelajaran yang betul, masa yang diambil mungkin lebih lama dari itu. Malah ada juga pedagang yang sudah berbelas tahun didalam industri tetapi masih belum bertemu dengan rentak.

Bagi mereka yang bermula dalam usia muda, mereka mempunyai kelebihan kerana komitmen mungkin tidak terlalu tinggi atau hampir tiada.

Jadi ini akan memberi ruang yang cukup untuk mereka belajar kerana tumpuan mereka boleh berikan kepada berdagang dengan betul dan bukannya kepada membuat keuntungan untuk membayar komitmen bulanan.

Keuntungan adalah ganjaran dari proses trading yang betul jadi tumpuan sepatutnya diberikan kepada melakukannya dengan betul.

Tetapi ramai pedagang tertumpu kepada membuat keuntungan tanpa menghiraukan apa kaedah yang digunakan dan ini ada kaitan dengan tekanan untuk mendapatkan wang dengan cepat.

Bagi yang telah berusia bukanlah satu halangan untuk bermula tetapi harus diingat bahawa mereka juga perlu memberikan masa yang cukup untuk belajar ilmu yang perlu dan seterusnya menajamkan kemahiran berdagang itu sendiri.

Sekiranya cukup ruang yang diberikan, aktiviti berdagang ini boleh menjadi satu sumber pendapatan apabila mereka telah bersara nanti.

Secara umumnya, faktor usia bukanlah penentu kejayaan seseorang itu. Boleh bermula di usia muda dan juga bukan halangan bermula sewaktu telah berusia.

Bilakah masa yang tidak sesuai untuk bermula dalam Financial Instruments Trading?

Industri ini penuh dengan risiko dan faktor kerugian adalah sebahagian dari lumrah dalam dagangan jadi ianya tidak sesuai kepada individu yang menghadapi masalah kewangan untuk bermula.

Konsep asas dalam pelaburan dan dagangan itu sendiri ialah menggunakan wang lebihan yang tidak akan digunakan untuk satu tempoh yang agak panjang. Jadi bagi mereka yang berhadapan dengan masalah kewangan amatlah tidak sesuai.

Sekiranya mereka menggunakan wang yang diperlukan untuk membayar komitmen lain, mereka akan sentiasa berdagang dalam tekanan. Tekanan ini akan menyebabkan mereka berdagang dengan penuh emosi yang boleh menyebabkan kerugian yang lebih besar berlaku.

Kerugian ini akan menjejaskan kehidupan mereka sendiri kerana wang yang sepatutnya digunakan untuk membayar komitmen lain telah lesap begitu sahaja. Ini juga boleh menjadi punca kepada keretakan rumah tangga serta kepada kehilangan harta benda.

Ini bukan satu cerita dongeng kerana telah banyak berlaku peristiwa seumpamanya. Ada yang kehabisan puluhan ribu, ratusan ribu malah penulis pernah di datangi oleh pedagang yang habis lebih dari jutaan ringgit di dalam pasaran.

Kesimpulannya disini ialah modal yang banyak bukan penentu kejayaan sekiranya ilmunya tidak mencukupi, apatah lagi bila berdagang dengan duit yang sepatutnya digunakan untuk tujuan lain pasti akan menambahkan lagi kesukaran untuk membuat keuntungan secara konsisten.

Jadi “pilihlah masa yang terbaik untuk bermula dan tahu bila untuk tidak bermula”

Disclaimer – Kaedah dan cara yang digunakan mungkin tidak 100% sesuai dengan anda kerana saya telah sesuaikan dengan risiko, modal, personaliti dan cara hidup saya. Di sarankan supaya anda menyesuaikannya dengan diri anda sendiri.

- SOSIAL MEDIA -spot_img

Artikel Selanjutnya

- SOSIAL MEDIA -spot_img

Artikel Terkini