22.3 C
Malaysia
Friday, March 29, 2024

Penduduk Baling Hadapi Banjir Buruk

Mesti Baca

Kedah: 4 Julai 2022, hujan lebat hampir tiga jam di daerah Baling menyebabkan paras air Sungai Kupang melimpah memasuki penempatan penduduk yang berdekatan. Keadaan air sungai yang deras ketika berlakunya banjir menyebabkan batang-batang pokok dan sampah sarap memenuhi jalan dan kediaman penduduk.

Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Nor, Menteri Besar, berkata pada kira-kira jam 5 petang hari kejadian, beberapa rumah yang mempunyai penghuni dikatakan hanyut dibawa kepala air. Sehingga jam 9 malam, empat kampung telah terjejas dan tiga pusat pemindahan sementara (PPS) dibuka menurut Rasidah Kassim, Sekretariat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Daerah Baling yang juga merupkan Pegawai Pertahanan Awam Daerah Baling, Kapten (PA).

Sehingga kini gerakan mencari dan menyelamat masih dilakukan agensi kerajaan seperti Angkatan Pertahanan Awam Malaysia, Jabatan Bomba dan Penyelamat dan polis. Jumlah rumah serta mangsa yang terbabit dalam bencana itu sedang dikenal pasti.

Banjir lumpur di Baling kali ini dianggap banjir terburuk dalam sejarah kawasan itu dan ia berlaku dalam tempoh amat singkat.

- SOSIAL MEDIA -spot_img

Artikel Selanjutnya

- SOSIAL MEDIA -spot_img

Artikel Terkini