22.3 C
Malaysia
Friday, March 29, 2024

Persiapan Menghadapi Kegawatan Ekonomi

Mesti Baca

Raiff Jamali
Raiff Jamalihttps://www.radical.my
Live, eat, sleep & repeat

Penularan pandemik Covid-19 yang melanda dunia telah memberi tamparan yang hebat kepada ekonomi global kerana hampir keseluruhan negara terpaksa menghentikan aktiviti ekonomi mereka.

Peperangan yang berlaku antara Rusia dan Ukraine juga telah menyebabkan harga komoditi global melonjak dan meningkatkan lagi kebimbangan terhadap kekurangan dari segi bekalan. Hal ini kerana kedua-dua negara tersebut merupakan pengeluar utama kepada minyak bunga matahari, gandum dan jagung.

Lonjakan inflasi yang sangat tinggi telah berlaku kepada banyak negara semasa di dalam fasa pemulihan ekonomi dunia. Kini, kebanyakan negara telah berada di dalam ambang kegawatan ekonomi.

Sekiranya seluruh dunia mengalami kegawatan ekonomi, sebagai rakyat apakah persediaan yang perlu dilakukan untuk menghadapi situasi berkenaan?

Berikut merupakan persediaan yang anda boleh buat sebagai persiapan menghadapi kegawatan ekonomi dan sebarang cabaran kewangan kelak.

Simpanan dana kecemasan sekurang-kurangnya 6 bulan

Menyimpan sebahagian daripada pendapatan merupakan langkah pertama yang anda boleh lakukan sebagai persiapan diri dalam menghadapi kegawatan ekonomi ini.

Simpanan selama 6 bulan merupakan amaun minimum yang dicadangkan untuk dijadikan sebagai simpanan kecemasan yang akan menjadi penyelamat anda jika kegawatan ekonomi berlaku kelak.

Tidak dinafikan amat sukar untuk membuat simpanan, lebih-lebih lagi jika isi pendapatan rumah tidak berubah atau mengalami kekurangan. Oleh itu, cara yang memudahkan anda melakukan simpanan ini adalah dengan menyimpan sedikit demi sedikit.

Berjimat cermat dalam perbelanjaan akan membantu anda untuk menyimpan dan sekaligus mendidik diri untuk menguruskan kewangan dengan cekap.

Sumber gambar: Vulcan post

Mencari peluang untuk menjana pendapatan

Sepanjang Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) yang disebabkan oleh penularan Covid-19, terdapat beberapa sektor yang kekal kukuh antaranya perkhidmatan penghantaran makanan dan peruncitan. Ramai yang telah menceburi bidang ini untuk menampung perbelanjaan mereka sepanjang PKP yang berkuat kuasa di negara kita.

Sekiranya anda berminat untuk berniaga, anda digalakan untuk menceburi bidang perniagaan online yang tidak memerlukan kos yang tinggi atau kedai untuk memulakannya.

Selain itu, anda juga boleh menggunakan kemahiran atau kepakaran anda untuk membuat kerja separuh masa secara online seperti mengajar atau freelance designing untuk menjana pendapatan lebih selain pekerjaan yang anda lakukan.

Membuka portfolio pelaburan

Melakukan pelaburan merupakan salah satu cara yang anda boleh cuba untuk menjana pendapatan pasif. Namun setiap pelaburan ada risikonya tersendiri dan keuntungan pelaburan boleh terkesan dengan kelembapan ekonomi yang berlaku.

Tetapi portfolio pelaburan yang seimbang dengan risiko yang pelbagai akan membantu pelaburan anda. Keuntungan daripada pelaburan yang anda lakukan akan menjadi pendapatan pasif di samping pendapatan tetap anda. Pendapatan pasif ini juga akan menjadi penyelamat dan membantu mengurangkan beban kewangan sekiranya berlaku kegawatan ekonomi.

Kesimpulan

Bak kata pepatah “sediakan payung sebelum hujan”, kita dinasihatkan untuk sentiasa mempersiapkan diri dalam menghadapi kegawatan ekonomi yang berlaku. Sentiasa menjaga kesihatan kewangan kita dengan berjimat cermat ketika berbelanja dan elakkan boros dalam perbelanjaan kerana takut menyesal di kemudian hari.

- SOSIAL MEDIA -spot_img

Artikel Selanjutnya

- SOSIAL MEDIA -spot_img

Artikel Terkini