24.2 C
Malaysia
Saturday, April 20, 2024

Apakah Itu Matawang Kripto?

Mesti Baca

Raiff Jamali
Raiff Jamalihttps://www.radical.my
Live, eat, sleep & repeat

Mata wang kripto adalah mata wang digital atau virtual yang berasaskan kriptografi dan digunakan sebagai alternatif untuk menggantikan mata wang fiat yang sedia ada. Antara mata wang kripto yang paling popular adalah Bitcoin (BTC), Ethereum (ETH), Solana (SOL) dan lain-lain lagi tetapi terdapat lebih daripada 8700 mata wang kripto berbeza dalam pasaran. (semasa dalam penulisan ini)

BAGAIMANA MATA WANG KRIPTO BERFUNGSI ?

Mata wang kripto merupakan wang digital yang tidak dikawal oleh mana-mana pihak berkuasa pusat dan tidak ada campur tangan daripada mana-mana kerajaan . Ini menjadikan ia sukar dimanipulasi oleh bank pusat dan mana-mana pihak berkuasa pusat atau disebabkan faktor ekonomi dan geopolitik.

Mata wang digital ini juga menggunakan teknologi blockchain dimana setiap transaksi dirahsiakan dengan cara disulitkan (encryption) supaya data tidak dapat dibaca menerusi pihak ketiga.
Dengan ciri keselamatan ini setiap transaksi yang dilakukan lebih selamat dan agak sukar dipalsukan.

Secara umumnya, terdapat 2 jenis algorithm yang kebiasaannya digunakan oleh koin popular di dunia. Algorithm itu dikenali sebagai Proof of Work (PoW) dan Proof of Stake (PoS). Algorithm ini menjadi tulang belakang untuk setiap transaksi yang di lakukan menerusi kaedah penyulitan (encyption) dan masalah
itu diselesaikan menerusi perlombongan. Aktiviti melibatkan pengiraan kompleks dapat dilakukan melalui pengesahan transaksi.

Untuk mendapatkan wang kripto ini pula, anda memerlukan dompet digital (E-wallet) untuk tujuan menyimpan mata wang kripto ini. Namun harus diingatkan tidak semua wallet ini boleh menyokong pelbagai jenis mata wang kripto kerana pengunna teknologi yang pelbagai.Kebiasaannya anda akan dibekalkan dengan 2 jenis key iaitu private key dan public key untuk tujuan keselamatan.

Dijangka pada tahun 2022 dan seterusnya nilai untuk mata wang kripto ini akan terus melonjak naik. Dengan kehadiran web 3.0 telah memberi impak yang sangat besar dalam dunia mata wang kripto ini. Kini terdapat banyak pembangun mata wang kripto telah bergiat aktif dalam membangunkan projek-projek berkaitan web 3.0 ini. Hal ini sekaligus menarik mata pelabur untuk menambah nilai laburan terhadap mata wang kripto ini.

Kesimpulannya, menjadikan mata wang kripto sebagai salah satu aset untuk pelaburan adalah satu tindakan yang bijak untuk tempoh yang panjang. Namun harus diingatkan sebelum membuat keputusan untuk membeli atau melabur pada mata wang kripto ini, anda harus membuat penyelidikan yang terperinci berkenaan mata wang kripto yang hendak dibeli untuk mengelakkan kerugian.

Sourceforbes
- SOSIAL MEDIA -spot_img

Artikel Selanjutnya

- SOSIAL MEDIA -spot_img

Artikel Terkini