24.7 C
Malaysia
Thursday, March 28, 2024

Apa Yang Perlu Kita Tahu Tentang CCRIS

Mesti Baca

Ramai di kalangan kita memahami maksud CCRIS dan CTOS. Namun masih lagi tidak mengetahui bagaimana ia berfungsi.

APAKAH CCRIS

CCRIS ialah Pusat Sistem Maklumat Rujukan Kredit (Central Credit Reference Information System). Ini merupakan sistem yang dicipta oleh Bank Negara Malaysia (BNM) yang menunjukkan maklumat kredit mengenai peminjam. Maklumat ini boleh diberikan kepada institusi kewangan (Bank) dan individu (atau pengarah syarikat) atas permintaan.

Bagi setiap institusi kewangan dikehendaki mengemukakan amalan kredit pelanggan mereka untuk menjadi sistem berpusat termasuk semua bank perdagangan, bank-bank islam, bank elaburan, bank pembangunan dan beberapa syarikat insurans. Selain itu, sistem bank individu sudah bersepadu dengan sistem CCRIS dan secara automatik mengeluarkan laporan kredit individu semasa proses kelulusan atau pinjaman.

APA YANG TIDAK BENAR TENTANG CCRIS

Satu senarai hitam

APAKAH YANG TERDAPAT DALAM CCRIS

Terdapat 3 Kategori Utama:

  1. Pinjaman Terkumpul
  • Pinjaman perumahan, sewa beli,. kredit kad, pinjaman peribadi, overdraft dan lain-lain
  • Maklumat jumlah baki,had, kelakuan pembayaran dan status undang-undang jika ada
  • Biasanya akaun yang dianggap Pinjaman Tidak Berbayar (NPL), atau dibawah jadual pengurusan hutang khas.

2. Akaun Perhatian Khas

  • Biasanya akaun yang dianggap Pinjaman Tidak Berbayar (NPL), atau dibawah jadual pengurusan hutang khas.

3. Permohon Pinjaman yang dibuat dalam satu tahun yang lalu

  • Berapa banyak yang telah diluluskan / tidak diluluskan

TEMPOH REKOD DISIMPAN

CCRIS menunjukkan rekod pembayaran balik 12 bulan lepas sahaja, selepas itu data tertua dihapuskan.

APAKAH TIPS UNTUK MEMBAIKI LAPORAN CCRIS BAGI TINGKATKAN PELUANG PINJAMAN

  1. Pastikan penggunakan kredit anda dijelaskan terlebih dahulu sebelum menghantar sebarang permohonan pinjaman.
  2. Bagi memastikan pembayaran semula anda sentiasa konsisten, boleh minta pihak bank anda untuk melambatkan pembayaran selepas tarikh gaji supaya rekod tidak terganggu.
  3. Jika anda pernah membuat pembayaran lewat sebulan, pastikan permohonan dilakukan selaps 12 bulan bayaran lewat tersebut.
  4. Anda perlu mengehadkan jumlah permohonan pinjaman. Sebaiknya guna alat perbandingan pinjaman perumahan. Ini kerana jika permohonan terlalu banyak, ia akan mengurangkan peluang anda untuk lulus permohonan.

- SOSIAL MEDIA -spot_img

Artikel Selanjutnya

- SOSIAL MEDIA -spot_img

Artikel Terkini