26.8 C
Malaysia
Friday, April 19, 2024

Cara Kira Debt Service Ratio (DSR)

Mesti Baca

Jom Berkenalan dengan DSR

DSR telah ditetapkan oleh Bank Negara (BNM). Ia merupakan peratusan bagi jumlah komitmen hutang pada setiap bulan dan dibandingkan dengan pendapatan bulanan. Atau nak senang faham, ia juga dikenali Nisbah Khidmat Hutang digunakan untuk mengira kelayakan untuk mendapatkan pinjaman.

Melalui keputusan peratusan DSR, bank akan melihat sama ada tahap kewangan anda sesuai atau tidak dengan harga rumah yang hendak dibeli. Secara umumnya, DSR telah ditetapkan pada kadar maksimum 70% tetapi kadar peratusan ini mungkin akan sedikit berbeza mengikut bank. Ada yang menetapkan 65%, ada juga 80%.

Walau bagaimanapun,peratusan DSR yang terbaik adalah yang rendah daripada kadar yang ditetapkan. Semakin rendah peratusan anda, semakin besar peluang anda untuk mendapatkan kelulusan pinjaman.

Formula DSR

DSR = (Jumlah Komitmen Hutang / Pendapatan Bulanan) x 100
Komitmen Hutang adalah termasuk di dalam CCRIS

Contoh Pengiraan DSR

Pendapatan Bulanan (bersih) – RM3000

KOMITMEN HUTANG BULANAN JUMLAH (RM)
Kereta500
PTPTN150
Pinjaman Peribadi200
Kad Kredit50
JUMLAH :900

DSR : RM900 / RM3000 x 100 = 30%

Jumlah DSR adalah 30% dan ianya kurang dari 70%. Berkemungkinan peluang kelulusan permohonan anda adalah tinggi. Untuk pengiraa DSR lebih tepat anda boleh masukkan terus jumlah ansuran bulanan bagi pinjaman baru anda.

Contohnya, anda membeli rumah berjumlah RM100 000 dan anggaran bukanan bagi pembiyaan rumah tersebut ialah RM500 sebulan. Bagaimana untuk dapatkan anggaran bulanan tersebut ? Mudah sahaja, anda bahagikan pinjaman RM100 000 itu dengan 200, maka dapatlah RM500.

Jadi DSR anda selepas ditambah hutang baru adalah:

KOMITMEN HUTANG SEMASARM900
ANGGARAN HUTANG BARURM500

DSR = (Komitmen Hutang Semasa + Hutang Baru) / Pendapatan x 100

= (RM900 + RM500) / RM3000 x 100

= 47%

Nisbah 47% ini, berekemungkinan besar pinjaman akan diluluskan kerana kurang daripada Kadar DSR yang telah ditetapkan.

Bagaimana anda hendak mengetahui semua rekod yang ada untuk komitmen bulanan anda? Cara paling mudah adalah CCRIS yang akan memberi segala maklumat sama ada komitmen bulanan mahupun pinjman pendidikan.

Dah Sedia Nak Ambil Pinjaman Rumah?

Harap-harap anda boleh faham ye apa itu DSR di Malaysia dan beberapa panduan untuk anda membeli rumah. Sebelum anda tamatkan bacaan, terdapat beberapa isi penting yang mudah di ingat.

Nasihat 1 Pastikan DSR anda sekitar 30-40%
Nasihat 2Periksa had DSR yang ditetapkan bank
Nasihat 3Skor kredit juga penting
Nasihat 4Jaga kredibiliti hutang anda , cuba untuk membuat pembayaran komitmen dengan tepat pada masanya
- SOSIAL MEDIA -spot_img

Artikel Selanjutnya

- SOSIAL MEDIA -spot_img

Artikel Terkini